Subscribe to our newsletter:

iCanteq

Free
iPhone / iPad
Genres:
  • Business
I want this app
Download from AppStore

iCanteq merupakan salah satu daripada puluhan syarikat kumpulan milik penuh iCanteq Cosmetics Sdn. Bhd. Ia merupakan sebuah syarikat 'trading' yang menjadi pengeluar produk kosmetik dan kecantikan yang berkembang pesat dan berpotensi tinggi . Syarikat milik Bumiputera ini diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965.

Syarikat ini mempunyai pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran di samping penghasilan produk kecantikan yang bermutu serta berkualiti tanpa sebarang kesan sampingan.

iCanteq telah memperkukuhkan dan melebarkan produk-produk iCanteq yang telah pun berada di pasaran di seluruh negara. Misi syarikat adalah untuk menjenamakan dan memartabatkan rangkaian produk iCanteq sebagai barangan Malaysia di peringkat global yang setanding dengan jenama produk mewah yang lain.

Sejarah penubuhan iCanteq bermula apabila pengasas iCanteq berasa terpanggil untuk menghasilkan dan memasarkan produk-produk kecantikan yang tidak memberi sebarang kesan sampingan malahan ianya membantu memberikan kehidupan dan kesihatan yang cemerlang kepada pengguna. Di samping itu juga ia akan dapat membantu meningkatkan dan menambah pendapatan ekonomi sesebuah keluarga.

iCanteq yakin penghasilan produk yang dilakukan menggunakan bahan-bahan semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia mampu memberikan kesan yang baik dan faedah dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang kesan dan risiko.